Selamat Datang Ke Laman Web KIAS
Sejarah Penubuhan

Home

Pengenalan
Sejarah Penubuhan
Lokasi KIAS
Objektif KIAS
Struktur Korporat
Carta Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Bahagian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kakitangan Khidmat Sokongan
Program Pengajian
Pinjaman
Yuran Pengajian
Kemudahan
Kelayakan Masuk
Borang Maklumat Rumah Sewa
Borang Permohonan
Tawaran Kemasukan
Hubungi Kami

Pada asalnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS) adalah lahir dari Maahad Dakwah Wal Imamah. Penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah ini adalah cetusan ilham dari YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Menteri besar negeri Kelantan. Beliau merasakan betapa perlunya Negeri Kelantan mempunyai sebuah pusat pengajian tinggi Islam. Idea ini bukanlah untuk menyaingi mana-mana institusi

Cadangan murni itu telah dikaji oleh pihak pentadbiran dan setelah membuat penilaian dari pelbagai sudut, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan cadangan tersebut melalui Yayasan Islam Kelantan. Dengan itu tertubuhlah Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada hari Rabu 21 Zulhijjah 1414 yang bersamaan dengan 1 Jun 1994. Pentadbirannya diletakkan dibawah pengawasan Yayasan Islam Kelantan. Kampus Maahad Ad Dakwah Wal Imamah ini ditempatkan di Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan.

carta2.jpg

Maahad Ad-Dakwah Wal-Imamah ini ditubuhkan di bawah Enekmen Nombor 8 tahun 1982 Enekmen Yayasan Islam Kelantan, Seksyen 6(a) yang berbunyi :
".....menubuh dan menyelenggarakan sekolah-sekolah agama, institusi-institusi latihan, institusi-institusi ilmu pengetahuan, Pusat Bahasa Arab, pengajian pondok dan sekolah-sekolah lain sebagaimana yang lembaga fikirkan perlu dan mustahak bagi menjalankan tugas-tugas yayasan...."

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd Aziz bin Nik Mat pada hari Ahad 3 Julai 1994 bersamaan dengan 23 Muharram 1415 di Dewan Saddam Hussein Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri.

Pada peringkat awalnya, kakitangan pentadbiran Maahad Ad- Dakwah Wal Imamah adalah terdiri daripada seorang pengetua, seorang Pendaftar dan dua orang Pembantu Tadbir, manakala jumlah tenaga pengajarnya pula berjumlah 2 orang pensyarah tetap, serta 15 orang pensyarah sambilan. Kemudiannya seramai 9 orang pensyarah tambahan telah dilantik secara kontrak.

Pengambilan pelajar pada peringkat awalnya iaitu pada sessi 1994/1995 sehingga 1996/1997 adalah seramai 50 orang. Jumlah tersebut meningkat seramai 100 orang pada sessi pengambilan 1997/1998. Pada sessi 1999/2000 jumlah pelajar ketiga-tiga jabatan adalah seramai 513 orang.

Tanggal 1 Ogos 1999 bermulalah lembaran baru bagi Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah dimana statusnya dipertingkatkan ke taraf Kolej dengan nama barunya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Dengan perkenan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni
Al-Marhum Sultan Yahya Petra, perasmianya telah dilakukan pada 12 Jamadilawal 1420H bersamaan 24 Ogos 1999.

Copyright 2002 KIAS Inc. All rights reserved.