Selamat Datang Ke Laman Web KIAS
Pengenalan

Home

Pengenalan
Sejarah Penubuhan
Lokasi KIAS
Objektif KIAS
Struktur Korporat
Carta Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Bahagian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kakitangan Khidmat Sokongan
Program Pengajian
Pinjaman
Yuran Pengajian
Kemudahan
Kelayakan Masuk
Borang Maklumat Rumah Sewa
Borang Permohonan
Tawaran Kemasukan
Hubungi Kami

Large Marble 1

gambarkias2.jpg

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra atau panggilan ringkasnya KIAS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dikendalikan oleh Akademi YAKIN Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Yayasan Kelantan(YAKIN). Idea penubuhan Kolej ini tercetus hasil daripada ilham Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang menjadi pusat perkembangan Ilmu dan Syiar Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Kampus KIAS terletak di Nilam Puri iaitu laluan utama antara Kota Bharu - Gua Musang dan Kuala Lumpur. Jaraknya kira-kira 12km dari bandar Kota Bharu.

Disekitarnya terletak Pekan-pekan kecil sepertin Mulong(1km), Ketereh(2km) dan Melor (4km). Kedudukan ini memudahkan Pelajar membeli barangan runcit dan kemudahan akademik (mencetak, menjilid dan sebagainya). Kemudahan lain seperti Bank Simpanan Nasional dan Pejabat Pos juga terdapat di pekan-pekan tersebut.

Nilam Puri memang telah lama terkenal sebagai pusat pengajian Islam khususnya dikalangan masyarakat Timur Tengah dan juga di bumi Arab. Dengan keadaan sedemikian secara langsung iaiya memberi input yang cukup untuk membantu mempromosikan KIAS kepada masyarakat Antarabangsa.

Dari segi kewangan, KIAS tidak bergantung kepada perolehan dari yuran yang dikutip dari pelajarnya untuk menampung kos operasinya. Oleh sebab itulah maka yuran pengajian di KIAS sebanyak RM 1660.00 adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan yuran yang dikenakan IPTA/IPTS yang lain. Keadaan ini adalah bertepatan dengan hasrat AYSB untuk menyediakan peluang seberapa luas yang boleh kepada rakyat untuk menimba ilmu pengetahuan sehingga keperingkat tinggi dengan belanja yang murah tanpa mengorbankan kualiti dan nilainya.

Atas landasan tersebut KIAS boleh disebut sebagai sebuah IPTS yang mengamalkan dasar kebajikan untuk rakyat kerana KIAS bukan berorientasikan pasaran dan tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Isya Allah, KIAS akan berjaya dan hasrat murni tersebut akan tercapai dengan berkat doa serta kerjasama semua pihak dari segenap peringkat.

Large Marble 1

Copyright 2002 KIAS Inc. All rights reserved.